Jumaat, 25 Mac 2011

Cinta Takkan Pernah Berubah5

BAB 5

''Wisya,jom pegi rehat''.kata Sara dan Dizyan serentak 

Belum sempat Wisya berdiri dia ditolak kasar agar disuruh duduk.''Hey,betina kau dengar sini.Darwisy tu milik aku,dah tertulis dekat dahi dia ‘milik Ayuna’ .Jadi aku nak ingatkan kau jangan sesekali dekati dia faham.''

Ashraff yang melihat gadis idamannya diperlakukan sedemikian rupa terus memarahi Ayuna.''Oii Yuna yang kau tengking Wisya tu apehal?''

''Yang kau nak sibuk tu pehal,aku bukan tengking kau tapi aku tengking betina nie.''

Ewah,ewah sesedap perisa je panggil aku betina.Gumam Wisya dalam hati.''Woi mak cik pakai mekap tebal sesedap perisa je kau panggil aku nie betina ek.Tak sangka ek umur dah 17 tahun tapi tak reti nak membezakan manasatu perempuan manasatu betina.Nie mesti failkan bahasa melayu.Hisyh apa nak jadila pelajar zaman sekarang masa cikgu bagi penerangan tak nak dengar,sampai tak tahu nak guna betina ke perempuan dekat manusia.Isyh,isyh kesian betulla''.

Selesai Darwisya bersuara terus dia melangkah ke arah Adam Darwisy dan melihat dahi Adam Darwisy .''Aik takde pape pun.Tadi kata kat dahi ada tulis milik Ayuna tengok kosong je.Pertama kali dalam hidup Adam dia berasa berdebar-debar ketika melihat Darwisya berada dekat dengan mukanya.

''Hoi perempuan…belum sempat Ayuna bercakap Darwisya menyampuk.''Dahla aku nak gi rehat simpan je la kata2 kau tue.Sara,Dizyan,jom.''


''Wisya giler kau nie selamba badak je panggil dia mak cik.Kau tau tak dia tue anak Tan Sri Hisyam.Bapa dia tu boleh dikatakan agak berpengaruh la juga sebab ayah dia tu funder terbesar dekat sekolah nie sebab tu la dia popular pastu students takut dengan dia.Buatnya kalau dia report kat ayah dia camne''.kata Sara.

''Fulamak Wisya superb giler kau tadi.Nak tergelak aku tengok muka dia masa kau panggil dia mak cik.Hahahaha.Tula dia ingat dia tu anak Tan sri sesuka hati nak buli orang.Padan muka.''.kata Dizyan.

Eleh nak tergelak konon bukan dah tergelak ker?.Sara apa dia ingat dia tue anak Tan sri dia boleh sesuka hati je tengking orang.Lagi satu aku nie waras lagila belum gila tau tak.Sara boleh tolong beli tak makanan kat aku,aku nak cop tempatla.''


Sara dan Dizyan sedang mencari kelibat Darwisya.''Isyh mana budak nie kata nak cop tempat dia nie pegi cop kat tempat tu lepastu blah.''

''Diz tu bukan Wisya ker?
''Aaa la jom.''kata Dizyan sambil menarik tangan Sara menuju ke arah Wisya.

''Korang nie pergi beli makanan ke buat makanan.Lapar tau tak.''rungut Wisya.

''Eleh kau nie wisya hiperbola melebih-lebihla.Kami pegi tak sampai 5 minit kata lama.Pirahh.'' kata Dizyan.

''Hehehehe saja je aku menghiperlebih-lebihkan bola tue.Takkan takleh kot.''kata Wisya
''Terus Dizyan ketawa lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Wisya.''Wei,wisya kau nie mengata orang je lebih tatabahasa kau pun tak betul.''
''Sara kau tak sakit kaki ker berdiri.Punya la baik aku cop tempat nie siap dekat bawah kipas lak tue kerusi lak berlapik,apesal tak duduk.'' kata wisya sambil makan mee goreng yang dipesan tadi.Isyh tak senonoh tul la wisya nie makan sambil bercakap. 

''Sejak bila kau jadi mak guard nie ha.Sejuk tau tak kat sini.''Dizyan memandang pelik ke arah Sara yang tercegat seperti patung.

''Err wisya tempat tu dah dikhaskan untuk Ayuna and the gengla.Sara bersuara perlahan

''La duduk je la peduli apa bukan ada nama diorang pun kau nie Sara tak yah la takut sangat dengan diorang tu.'' Lantas sara ditarik duduk bersebalahan dengan wisya.

''Hei perempuan sesedap mak bapak kau je duduk tempat kami.''Kau tau tak ......belum sempat Ayuna bercakap terus muka Ayuna basah disiram dengan milo ais wisya.

Satu kantin terkejut dengan tindakan Wisya.Ashraff yang kebetulan lalu di situ pada mulanya hendak menegur perangai kurang sopan wisya tapi memandangkan muka wisya sekarang nie dah berubah jadi bengis baik diam kang tak pasal-pasal dia pun kena siram.Yang Redwan pulak duk tepuk tangan duk sorak nama wisya pastu ajak Darwisy sekali main tepuk dengan dia.

''Kau kalau nak hina aku hinala,aku tak kisah jangan sesekali nak hina keluarga aku.Aku paling pantang tau tak.Kau ingat ayah kau tue Tan sri aku takut ker?Dengan orang lain kau boleh buli tapi kalau aku,kau silapla.Aku tak teragak-agak nak cakar muka kau yang macam hantu tu sekali lagi kau kutuk keluarga aku.Faham.jerkah wisya lalu pergi dari situ.    

 *******************************************************************



Keadaan kelas 5 SC1 yang pada mulanya bising terus senyap apabila Wisya suruh senyap.Masing-masing takut melihat perubahan sikap Wisya tidak terkecuali Ashraff .''La nie semua Yuna punya pasalla kalau dia tak kutuk keluarga wisya mesti sekarang nie muka kekasih aku nie tengah tersenyum''.gumam Ashraff.
''Wow,hebatla awak tadi masa gaduh dengan Ayuna.Habis muka dia bercampur warna air milo dengan foundation.Cam muka orang gila kan,kan Pertama kali saya tengok orang yang berani tengking Yuna.Friend nak,saya suka la kawan dengan perempuan yang berani cam awak nie.kata Redwan dengan selamba badaknya tanpa menghirau jelingan wisya.Eleh wisya nie tak padan dengan mata sepet nak jeling orang nampak macam tengah tidur je kalau dia jeling sebab tue la Redwan tak takut.

Eh mamat nie tak takut ker kalau aku mengamuk kat dia.Siap boleh  suruh aku jadi kawan lak tu.Tapi aku suka la dengan mamat nie bersikap jujur betul kan bagus.Terus wisya mengaangukkan kepalanya.
''Nak no handset leh''Terus bulat bijik mata Ashraff tengok Redwan mintak no telefon dekat Wisya.

''Tak nak hand nie ker?Saya boleh bagi percuma jer.Wisya menunjukkan penumbuknya itu.

''Ala yang tue tak best la.Kecik sangat laKenapa tak tunjuk kaki jer baru best boleh buat sup kaki mesti sedap kan.Eh apesal Adam tengok muka awk semacam je.Ni mesti nak kacau orang nak ayat awakla nie.Terus Redwan tunjuk penumbuk sulungnya dekat Adam sambil menutup muka Wisya dengan buku tulis.
'Yang budak nie pehal nak tunjuk penumbuk.Aku sekeh karang baru tau.Baru je orang nak tengok muka wisya kacau tul la.Cop,cop,cop isyh apesal dengan aku nie tetibe je minat kat wisya.Entah-entah dia mandrem aku kot masa tengok  dahi aku.TIDAKK,aku cuma suka kat ALEEYA DARWISYA je bukan dengan CAHAYA ALEEYA DARWISYA MAYESA.Eh apesal nama diorang nie sama tak kanla diorang ni orang yang sama.Tak mungkinla nama penuh wisya kan...eh apa eh tak tahu la.Ya Allah apesal la dulu aku nie bengong sangat  cuma  tau Aleeya Darwisya je yang lain aku tak tau.Sampai nama bakal ayah mertua pun tak tau.

''Eh bukan ker yang pandang kiter semacam nie Ashraff.''

''Isyh diorang nie kacau betulla tak leh nampak saya bahagia sikit,isyh.''rungut Redwan lalu pergi ke arah Adam apabila nampak Adam memanggilnya.

Wisya apalagi tergeleng-geleng kepala dia melihat keletah Redwan sebijik macam dia.


2 ulasan: