BAB13
'Pelik betulla aku tengok pasangan nie.Baru je balik dari honeymoon takkan dah bergaduh kot'.Ngomel Marianna dalam hati
''Ma,apesal muka Kak Wisya dengan Abang Adam macam orang baru bercerai je?''bisik Tengku Marianna perlahan dekat ibunya Tengku Marissa
''Muluttt,cakap baik-baik sikit boleh tak.Nie kalau nenek dengar karang tak pasal-pasal kamu kena khutbah dengan nenek.Ha,tengok baru je mama cakap nenek dah datang.''balas ibunya
Terus Marianna memasamkan mukanya selepasa ditegur oleh ibunya.Dasar anak manja!
''Aleeya,Adam kenapa muka masam je nenek tengok?''soal Tengku Nerissa kepada mereka berdua sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
Adam dan Darwisya saling berpandangan belum sempat mereka hendak bersuara,satu suara telah menyampuk.
Terus Tengku Marissa mencubit paha anak bongsunya itu apabila kata-kata yang disoal oleh anaknya terhadap ibu mentuanya agak biadap.
''Nenek sihat lagi.Kan nama penuh kakak ipar kamu nie Cahaya Aleeya Darwisya Mayesa.Nenek panggil la Aleeya.Aleeya tak kisah kan''.Soal Tengku Nerissa terhadap Darwisya.Sejuk matanya setiap kali memandang Darwisya.Pertama kali dia bertemu dengan Darwisya dia sudah suka akan tingkah lakunya.Tengku Nerissa yakin bahawa bukan Darwisya yang sengaja memerangkap Adam sepertimana yang diceritakan oleh Adam.Dia juga yakin bahawa Darwisya itulah jodoh cucunya.
''Aik apesal nenek pandang aku semacam.Ada pape ker kat muka aku''.Terus Darwisya meraba mukanya.
''Abang dengan kakak nie memang pelikla.Memang patut pun kena kawin.Nenek tanya Abang,abang sengih kakak pun sama bukan nak jawab pun soalan nenek nie tidak duk raba-raba muka dia.Taula muka akak tu comel.''kata Marianna
''Eleh,ada hati nak nasihatkan orang konon macamla dia tak pernah tersengih masa orang tanya soalan.Adik, adik jangan puji Kak Wisya nie lebih lebih takut nanti hidung dia yang mancung jadi kembang lak sebab terlalu banyak perasan.Kata Adam
''Amboi,seronoknya kutuk orang.Kata orang dia pun sama.Macamla orang tak tahu setiap kali ada orang puji awak,awak lagila kembang kan''.Balas Darwisya
''Mana ada ma,Adam selalu panggil Darwisya nie sayang dia yang tak panggil Adam,abang''Kata Adam
.
Terus Darwisya menjengilkan matanya.'Eww nak panggil abang sorryla.Budak nie bukan abang aku pun.Tengok muka pun tau dia pun tak nak aku panggil dia abang.Nasib baikla ada nenek,mama,dengan Rianna kalau tidak dah lama aku muntah kat Darwisy'.He He He.Ngomel Darwisya dalam hati.
Tengku Nerissa tergelak apabila melihat Darwisya membuat gaya geli-gelimannya itu.Satu lagi sifat Darwisya yang dia suka.Darwisya boleh membuatkan Adam tersenyum dan bergurau seperti sekarang.Tak macam dulu Adam sering memencilkan dirinya dan senyum pun ala kadarnya.Sejak kehadiran Darwisya dalam rumah nie,rumah nie dirasakan semakin meriah kerana mulutnya yang terlebih ramah itu malah perangai Adam pun sudah berubah menjadi semakin ceria.
''Okey,okey back to main topic kenapa kakak dengan abang tadi muka masam?''.Soal Marianna.
''Abang Marianna nie la.Membosankan betulla.Masa kitorang pergi honeymoon Kak Wisya sorang je jalan-jalan kat kota Paris.Dia pula tidur.Orang ajak kata sejuk macam tak caya je abang Rianna nie pernah duduk kat luar Negara''.Kata Darwisya
''Ooo,patutla kakak dengan abang balik awal.''Balas Marianna.
''Nenek,Adam nak cakap sesuatu boleh tak?''Tiba-tiba sahaja Adam bersuara.Sebaik sahaja Adam bersuara terus semua memandangnya.
Tengku Nerissa Cuma mengangkat sebelah keningnya.''Adam ingat Adam nak pindah minggu depan''.Kata Adam.
''Apesal pulak nak pindah,saya dah selesa dah tinggal kat sini yang aw..ab..abang tiba-tiba nak pindah tu kenapa?''Soal Darwisya.
Adam hanya tersengih apabila Darwisya memanggilnya abang.Terus dia merapati Darwisya.''Dah lupa ker kan dalam kontrak dah ditulis kita kena pindah selepas usia perkahwinan kita seminggu lupa la tu.''
''Kenapa Adam nak pindah?''soal Tengku Nerissa.
''Macam nie,nenek kitorang dah rancang nak pindah masa mula-mula kawin.Kitorang ingat nak hidup berdikari.Adam nak jugak rasa masakan Darwisya nie.Kalau duduk kat sini nek jangan harapla dia buat kerja rumah semua pembantu yang buat''.Kata Adam
'Dengki betulla dia nie.Nak berdikari konon.Ayat biasa buat pasangan yang kena kawin paksa bila berhadapan dengan keluarga masa nak pindah.Nasib baik la aku pandai masak kalau tidak makan maggi la jawabnya'.Ngomel Darwisya dalam hati.Perah santan betul la Darwisya nie.
''Em ye la.Nak buat macam mana kamu sendiri dah ada keluarga jadi kamu layak buat keputusan untuk keluarga kamu''.kata Tengku Nerissa.
''Ala nenek jangan la cakap cam nie.Buat Wisya sedih je.Nanti kalau nenek rindu kat kami berdua,nenek datangla kat rumah.Senyumla sikit''Kata Darwisya
Tengku Nerissa hanya tersenyum.Assalammualaikum.Satu suara memberi salam dan mereka pun menjawab salam tersebut.
''Ada mesyuarat penting ker?Semua berkumpul kat sini?''Soal Tengku Zafriel.
''Tak de pape.Abang Adam dengan Kak Wisya nak pindah.''Kata Marianna.
Terus terlepas beg bimbit Tengku Zafreil.Kemudian dia meluru ke arah Darwisya lantas memegang tangan Darwisya.Terkejut beruk Adam dibuatnya.Terus direntap tangan Zafreil daripada memegang tangan Darwisya.''Ehem,isteri aku tu,Zaf.Asal kau over sangat ha''.Marah Adam terhadap Zafreil.
Zafreil hanya tersengih kemudian dia mengambil semula begnya dan datang semula ke sofa dan duduk di sofa yang berada di hadapan Adam.
''Nenek hairan la dengan kamu nie.Bukan selalunya kamu selalu pulang tengah malam ker?Sejak bila kamu jadi baik sangat pulang awal waktu nie?''soal Tengku Nerissa
''Bunyi macam tak suka je Zaf balik awal.Lagipun Zaf balik pun sebab seseorang''.Kata Zafreil sambil melirik ke arah Darwisya.
Adam pula hanya memandang Zafreil dengan pangangan api cemburu yang membuak-buak.Hai jelez nampak.Orang kata kalau jelez tandanya dah jatuh cinta dengan seseorang.Tak de maknanya nak jatuh cinta dengan Darwisya nie.Buang masa je.
Adam2x ego betul. Buta betul mata hati dia??? xkan lah tak kenal buah hati sndr. apa da...
BalasPadamDah la jatuh hati dah leh lak xngaku. huhuhu