Isnin, 13 Jun 2011

Cinta Takkan Pernah Berubah14


BAB14


Darwisya memeluk erat Tengku Marianna bagaikan tidak mahu lepas.Lama keduanya berpelukan.Ahli keluarganya yang lain hanya mampu melihat sahaja.Gaya mereka menangisi perpisahan itu seperti Darwisya hendak pergi selama-lamanya daripada kehidupan Tengku Marianna.Meluat pulak Adam melihat gaya mereka yang terlebih over ni.

''Sudah-sudahla tu Rianna peluk Kak Wisya kamu tu.Rumah Abang Adam bukannya jauh mana pun dari sini nanti kalau Rianna rindu Rianna datangla.Kalau kamu berdua buat gaya macam nie entah bila la Abang Adam kamu dengan Kak Darwisya kamu tu nak bertolak.Mama rasa tunggu sampai tahun depan pun diorang tak pindah-pindah jugak''.Sindir Tengku Marissa.


''Oii,Rianna dah-dahla tu nak peluk.Kau ingat aku suka ker nak berjemur tengah-tengah panas sebab nak tengok Abang Adam dengan minah sengal nie pindah.Kalau tak disebabkan minah sengal nie hasut Abang Adam suruh pindah mesti Abang Adam masih tinggal kat sini''.Kata Tengku Maya Halena dengan gaya yang gedik dan manja sambil memaut  lengan Adam sambil membuat gaya liuk-lentoknya sebijik macam angsa betina terkena buasir.Terus Adam merentap lengannya apabila melihat pandangan yang sinis daripada isterinya itu. 

''Tengku Maya Halena''…kata kata Darwisya sebentar tadi telah membuatkan Tengku Maya Halena membuat muka angkuhnya.''Tengku Maya Halena,suka hati akula,aku nak suruh Darwisy pindah ker apa ker yang hang sibuk nie kenapa.Bini dia ker?Tak kan.So jangan nak sibuk hal dalam dengan luar kain dengan seluar kami,ye sayang.Sebagai kakak sepupu ipar yang baik hati lagi prihatin KAKAK nasihatkan kain yang adik pakai tu baik adik tukar.Sakit matala KAKAK tengok kain yang adik pakai.Pak Ngah tak bagi ker duit dekat anak Pak Long supaya beli kain yang cukup nak tutup badan?Hisy,teruk betul la duit dalam bank punyala berlambak-lambak tapi bagi anak pakai baju orang miskin terkoyak sana terkoyak sini.Disebabkan KAKAK Darwisya kamu nie baik hati lagi prihatin seperti yang dicakapkan sebentar tadi nie duit Rm 100 ringgit buat beli baju''.Sindir Darwisya.

''You…you''…kata Tengku Maya Halena.Manakala Tengku  Azman Darwin dan Tengku Maizura Haryanti hanya menjengilkan matanya dan memandang muka Darwisya dengan muka yang agak bengis kerana disindir oleh isteri anak saudaranya itu.

''You baik,comel,prihatin,lemah-lembut pemurah.Terima Kasih ye Kak Wisya sebab bagi Maya duit nak beli baju''.Darwisya menyambung kata-kata Tengku Maya Halena dengansuara yang sengaja digedikkan sambil membuat gaya liuk-lentok yang dibuat oleh Maya sebentar tadi.Manakala Rianna,Adam,dan Zafreil sudah tergelak terbahak-bahak apabila melihat aksi copy and paste Darwisya sebentar tadi.Tengku Nerissa,Tengku Marissa dan Tengku Azhar Danish hanya menggelengkan kepala melihat gaya Darwisya.

''Dahla tu pa,ma,nek.Adam pergi dulu.Kalau biarkan Darwisya nie berceloteh sampai tahun depan pun kitorang tak pindah lagi''.Kata Adam lalu menyalami semua yang ada di situ.Kemudian Darwisya pun melakukan hal yang sama yang telah dilakukan oleh Adam.Dia dapat melihat Adam sudah memandangnya seperti makanan tengahari nanti apabila Tengku Zafreil sudah menyalami dia.
 
Selepas itu,kereta Adam pun meluncur laju dari perkarangan rumah agamnya.


.....................................................................................................
Di Dalam Kereta

''Kau sengaja kan salam Zafreil tu kan.Kau tahukan Zafreil tu bukan muhrim kau yang awak pergi salam tu kenapa?''.Marah Adam.Bunyi macam jelez je.

''Hello sory sikit awak ingat saya nie adik sepupu awak ke nak menggedik sana menggedik sini.Ingat saya tak tahu hukum ke apa.Saya nak salam dengan Mak Ngah tup-tup lepas saya salam Mak Ngah awak tu terus dia tarik tangan saya.Nak kata orang,habis tu masa Si Maya Gedik tu peluk lengan awak tu boleh pulak.Dia tu adik awak ker sepupu awak.Ooo saya tahu sebab apa awak bagi dia pegang tangan awak dia tu kan muhrim awak.Kalau terpegang tangan pun batal air sembahyang.Tapi bukan ker kalau batal air sembahyang tu kiranya bukan muhrim.Confusenya saya''.Sindir Darwisya.

Suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan hanya sepi.Adam sudah berasa bersalah akibat keterlanjuran katanya sebentar tadi.Betul kata orang selama nie,kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.Padan Muka!

Mata Darwisya sudah membulat apabila melihat sebuah rumah di hadapannya.'Aik nie bukan rumah Adam masa kecik dulu ker?Bukan dia dah jual ker kat cina apek yang miang tu?Disebabkan dia masih mogok dengan Adam dia hanya membisu.Fuh nasib baikla aku tak tanya dia tadi.Yang nak parking rumah apek tadi tu buat apa.Tak sangka dia beli rumah sebelah apek nie.Ngomel Darwisya dalam hati.

Sebaik sahaja dia keluar dari kereta satu suara menyapa mereka berdua.

''Selamat petang,nama saya Lim.Eh,Tengku Adam Dalwisy lu tuan balu ini rumah ka?''

Adam cuma mengangukkan kepalanya.Tiba-tiba apek itu bertanya lagi.''Eh,amoi lu kan olang yang datang lumah wa tanya pasal Adam Dalwisy?Nie la  Tengku Adam Dalwisy yang lu cari.''Kata apek tu lagi

''Aiya,apek buat apa mau cali dia?Dia nie suami saya maa.''Terus Adam menjengilkan matanya lalu menarik lengan Darwisya.

''Yang kau pergi bagitahu kita nie suami isteri tu pehal?''soal Adam

''Wei,mangkuk ko agak-agakla tak kan tak nak bagitau yang kita nie suami isteri.Karang tak pasal-pasal ada orang laporkan kat JAIS yang ada pasangan bukan muhrim duduk berdua-duan dalam rumah.Aku tak sanggup kena tangkap basah lagi sekali''.Balas Darwisya selamba sambil merentap lengannya.

Terkejut beruk Adam apabila Darwisya tidak menggunakan panggilan saya-awak seperti biasa malah percakapannya kini lebih kasar.Ye ker kasar bukan sama ke dengan cara percakapan kau.bisik hati kecilnya.

''Ooo,lu amoi kawin tak da kasi tahu sama saya.Saya ingat lu masih bujang ma.Nasib baik lu sudah kawin.Ini Tengku Adam ni lu punya suami ka?Soal bini apek

Aii kura-kura dalam perahu nampak dah aku cakap tadi nak tanya lagi?Darwisya hanya tersenyum.

''Lu,amoi betul ka lu ni isteri dia.Saya lihat muka awak nampak macam muka adik dia saja.''Soal seorang pemuda.

''Aiyaa,apek ni olang sapa.Manyak soal ma.Saya sudah cakap yang saya nie bini Adam Dalwisy bini dia la.Jangak manyak soal boleh?''Kata Darwisya sekali lagi.

''Solly,solly ni anak saya nama dia Vince…belum sempat Apek tu nak bercakap terus Vince lari masuk ke rumah.

''Sampai hati lu amoi,lu kawin lu tak kasi tahu sama wa.Wa manyak sedih.Wa sudah tunggu lu dekat 5 tahun maa.Wa sudah jatuh cinta sama lu masa pertama kali wa nampak lu datang lumah.Vince menangis teresak-esak dalam rumahOkey-okey back to main story sebab Vince nie bukannya watak utama pun.

Darwisya hanya menjongketkan kening ke arah apek.''Emm,kami berdua mintak dili dulu maa''.Kata isteri apek tersebut lalu menarik tangan suaminya itu ke rumah.Kemudian Darwisya pun pergi ke bonet kereta untuk mengambil barangnya.

'Satu,Dua,Tiga,Empat  bagasi dia bawak.Macam orang nak pindah rumah je.Memang pindah pun.Patutla tadi Rianna tanya aku yang Darwisya ni nak pindah kat Zimbabwe ker?'Ngomel Adam dalam hati.Sebaik sahaja dia melihat Darwisya hendak mengangkat bagasi miliknya.Terus Adam bersuara.Sini aku angkat.Darwisya hanya menjongketkan bahu lalu masuk ke rumah untuk memilih bilik tidurnya.'Emm,bagus aku angkat beg dia,dia blah macamtu je bukan ucap terima kasih pun.Bagus punya bini.Mulut apesal la cakap nak tolong dia angkat beg dia'.Ngomel Adam sendirian

Sebaik sahaja Adam masuk ke rumah terdengar satu suara yang menjerit.''Abang Darwisy SAYANG,tolong angkat beg AYANG dekat tingkat tiga ye.Terima kasih SAYANG.Sebaik sahaja Darwisya habis menjerit terus Adam membuat muka meluatnya sambil mengajuk percakapan Darwisya.Sengaja Darwisya menekankan perkataan sayang supaya dapat menyakitkan hati Darwisy.

''Terima kasih SAYANG''.Darwisya bersuara sebaik sahaja Adam meletakkan semua bagasinya di dalam bilik yang dia pilih iaitu master bedroom yang membuatkan Adam bengang dengan tindakannya.

''Terima kasih je?Sayang,picitkanla sikit''.Kata Adam sambil melangkah ke arah Darwisya.Semakin rapat kedudukan Adam dengan Darwisya lalu Darwisya menundukkan mukanya.'Awat aih mamat nie jadi gatai semacam aku cubit karang baru tau.'Ngomel Darwisya dalam hati.Yela tu nak cubit nak pandang muka Adam pun dah berdebar-debar ada hati nak cubit orang.Kemudian Adam mengangkat  dagu Darwisya supaya melihatnya.'Ish,dia nie dah la tinggi aku pulak ketot penat la nak pandang dia.Ngomel Darwisya dalam hati.'Boleh tak sayang?'Soal Adam sekali lagi.Belum sempat Darwisya hendak menjawab satu suara dari perutnya telah menjawab.''He he he awak,saya laparla''.Kata Darwisya sambil tersengih-sengih.Terus bulat bijik mata Adam apabila Darwisya menghancurkan saat romantik yang dicipta olehnya sebentar tadi.'Hancus punya budak spoil je moment yang baru aku buat nie'.Ngomel Adam dalam hati.

''Darwisy dekat peti sejuk nie tak de makananla''.Jerit Darwisya dari dapur

''Aik,bila masa pula Darwisya ni turun bawah''.Kata Adam sambil menggarukan kepalanya lalu menuju ke dapur.

''La memang la tak de,aku beli rumah nie sekali dengan perabot je bukan dengan makanan sekali.Kan tadi dekat rumah nenek dah makan tak kan tak kenyang lagi kot.Harap je badan kecik tapi makan kuat''.Kata Adam.
''Suka hatila''.Balas Darwisya

''Dahla,jom pergi Tesco beli barang nak masak''.Kata Adam

''Masak sape yang nak masak?''soal Darwisya

''Sayangku,Abangmu ini tak reti masak bukankah sayangku kata sayangku ini pandai masak?''Soalan Darwisya dibalas dengan soalan.

''Memangla boleh masak tapi sebelum tu pergila makan dulu''.Balas Darwisya

''No,membazir je.Kita beli barang masak je.Tak de nak singgah nak makan dekat restoran.Faham''.Terus Adam menarik lengan Darwisya ke luar rumah.Kemudian,dia pun mengunci ke rumah lalu dia menarik lagi tangan Darwisya ke kereta.Kemudian kereta Adam pun meluncur laju ke Tesco. 

P/s:Sorry kalau citer nie x best

1 ulasan: