Khamis, 19 Mei 2011

Cinta Takkan Pernah Berubah10


BAB 10

''Macam mana boleh jadi macam nie?Kalaula abang ambik adik semalam mesti perkara nie tak kan berlaku.Abang minta maaf''.kata Rayyan sambil memujuk adiknya yang sedang menangis.

''Adik,adik tak nak kawin dengan dia.Dia bencikan adik.Abang,abang kena tolong adik, adik tak nak kawin''.bentak Mayesa sambil menangis tersedu-sedan.

''La bukan adik dengan Darwisy kawan baik ker?Sejak bila jadi musuh pulak?soal Rayyan

''Dia…dia benci adik…dia kata dia tak suka adik.Adik nak balik jumpa mama,papa dengan abang Ariel.''

''Abang ingat tak nak bagitau adik pasal mama dengan Ariel lepas benda nie berlaku takut adik sedih.Mama dengan  Ariel kemalangan lepas hantar adik kat airport.Abang dah telefon papa pasal kes adik,papa suruh adik kawin jugak sebab papa tak nak malukan nama keluarga kita dan disebabkan mama dengan Ariel kemalangan,papa suruh abang jadi wali adik untuk malam nie.Lagipun umur adik dah 20 tahun memang dah boleh kawin kan?''

''Mama dengan abang Ariel kemalangan??? Abang bergurau kan.Abang nie suka buat lawak bodohla…Abang,diorang okey kan''.Mayesa terasa nak pitam  bila abang dia menggeleng.

''Kenapa benda nie semua kena jadi dekat adik.Kena tangkap khalwat,orang yang adik sayang pulak kemalangan lepastu….atuk dengan nenek pulak…''. Sekali lagi Mayesa menangis dalam pelukan Rayyan.

''Adik, adik kena banyak bersabar.Abang yakin Allah uji adik sebab adik kuatkan sayang?Jangan nangis ek.Abang tak suka tengok adik nangis.Nanti kalau Darwisy buli adik,adik bagitau abang tak pun adik lawan je dia balik''. Tak sanggup Rayyan melihat keadaan adiknya begini.Tambahlagi hal arwah atuk dan nenek dia diungkit.Sampai sekarang tiada siapa tahu pembunuh arwah atuk dan neneknya melainkan adiknya itu dan disebabkan hal itu juga adik beradik papa telah memutuskan hubungan dengan mereka sekeluarga gara-gara Mayesa tidak mahu beritahu siapa pembunuh dan sebab tu jugakla Mayesa trauma selama 3 bulan semasa umurnya 8 tahun.

''Dah,dah jangan nangis.Pengantin mana boleh nangis nanti hilang seri''.pujuk Rayyan

Lalu Mayesa pun melangkah ke arah biliknya dengan perasaan yang sedih bercampur kecewa.







………………………………………………………………………………………………



 
SEMENTARA DI RUMAH ADAM DARWISY….



''Nenek tak boleh buat Adam macam nie.Adam tak cintakan dia.Nenek tahukan Adam cintakan Darwisya dan Adam Cuma nak kawin dengan dia sorang je.Kitorang dah janji..Kenapa nenek buat keputusan dengan abang dia yang kami kena kawin malam nie.Adam tak salahla nek,dia yang salah saja je pura-pura pengsan.bentak''. Adam Darwisy  walaupun dia tahu yang Darwisya memang betul-betul pengsan waktu itu.


''Ada nenek kisah???Adam,nama dia kan Darwisya jugak apa salahnya kalau kamu kawin dengan dia lainla kalau dia tu lelaki''.selamba Tengku Nerissa menjawab

''Nenek, Adam cintakan Darwisya kawan baik Adam masa kecik bukannya Darwisya tu.Adam tak …..belum sempat Adam habis bercakap neneknya masuk campur. 

''Adam tak salah,Adam tak salah kalau kamu dah tahu yang dia tu pura-pura pengsan yang kamu pergi gatal masuk dalam kereta dia tu kenapa??Cinta konon kalau kamu cinta Darwisya nenek nak tanya sikit nama penuh dia apa?Melihat Adam yang terkial-kial untuk mengingati nama Darwisya terus Tengku Nerissa bersuara.
''Kata cinta takkan nama penuh dia pun tak tahu.sindir Tengku Nerissa.Nenek tak kira malam nie kamu kena kawin dengan dia jugak.''

''Ma,Adam tu muda lagi umur dia baru 22 tahun takkan nak suruh dia kawin.Pasal kes tu kita fight je la kat court.Lagipun Adam tu anak saya''.Mendatar saja suara Tengku Azhar Danish namun tindakan dia juga membuatkan Adam menarik nafas lega.

''Kamu sanggup ker ulang alik mahkamah ?Tak takut malu?''sindir Tengu Nerissa sekali lagi.

''Tapi nak buat macam mana kan dia tu anak kamu bukannya anak mama jadi kiranya mama tak bolehla buat keputusan dekat dia.Kalau macamtu mama rasa semua harta mama lebih baik dermakan dekat rumah anak yatim ker rumah kebajikan ker,lepastu rumah yang kamu semua duduk nie bolehla kamu keluar sebab nie kan rumah mama bukan rumah kamu.Betul tak?Itupun kalau kamu tak nak Adam kawin dengan Darwisya''.Ugut Tengku Nerissa.Tergamam semua ahli  keluarga Adam apabila Tengku Nerissa berkata sedemikian,yang paling cuak sekali keluarga Pak Ngah dia sampai gigit kuku.Nampak sangat keluarga nie gila harta. 

''So macam mana masih nak teruskan niat kamu atau nak ikut keputusan mama?''.soal Tengku Nerissa sambil mengangkat sebelah keningnya dan telah menyebabkan semua mata memandang ke arah Tengku Azhar Danish.

''Fine,Danish ikut cakap mama.''

Tengku Nerissa sudah tersenyum lebar apabila mendengar jawapan anaknya dan melihat wajah keruh Adam.Kemudian dia memanggil orang gajinya.

''Nie alamat rumah  bakal isteri Tengku Darwisy.Saya nak kamu hantar baju perkahwinan nie dengan benda-benda yang lain.Kamu boleh pergi dengan Siti.Nanti Pak Ahmad yang hantar kamu berdua faham.Yang kamu semua tengok nenek semacam nie kenapa?''

''Bila masa mama beli benda-benda tu semua?''soal Tengku Marissa

''Tadi yang mama sampai lambat kat rumah tu sebab mama pergi beli benda tu la.''

''Nek,kalau pasal ukuran abang Adam Rianna tahu yang nenek tahu saiz-saiz abang tapi ukuran kak Darwisya…..soal Tengku Marianna pulak

''Nenek dah tanya dah dekat abang dia saiz baju adik dia berapa.Dahla, nenek nak masuk bilik dulu.Assalammualaikum.''



………………………………………………………………………………………………


MALAM TERSEBUT……………..

''Dengan berwalikan aku,Muhammad Rayyan Izumi b. Muhammad Farhan Iskandar,aku nikahkan kau Tengku Muhammad Adam Darwisy dengan Cahaya Aleeya Darwisya Mayesa bt Muhammad Farhan Iskandar dengan mas  kahwin RM1000 tunai berserta seberangkat alat solat''

''Aku terima nikahnya Cahaya Aleeya Darwisya Mayesa bt Muhammad Farhan Iskandar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai berserta seberangkat alat solat''.Dengan sekali lafaz Darwisya telah menjadi isteri Adam Darwisy yang sah.

Darwisya merasa gementar saat Adam Darwisy menyarungkannya cincin dan dia disuruh mencium tangan suaminya itu.Bertambah gementar apabila Adam Darwisy mencium dahinya.

Selepas habis majlis akad nikah terus Darwisya meminta izin dengan Tengku Nerissa untuk masuk ke bilik.Sebaik sahaja punggung dia dilabuhkan di atas katil….

''Oit,sape suruh kau duduk kat situ.Mulai hari nie tempat tidur kau kat sana tu''.Muncung mulut Adam Darwisy menunjukkan ke arah sofa.

Sebelum tu tandatangan dulu kontrak nie.Adam Darwisy membaling fail ke arah Darwisya.

'Abang aku kata kalau dia buli aku,aku boleh lawan dia.Siap kau Adam kalau kau buat bukan-bukan kat aku jangan harapla aku tak balas.Mulai sekarang aku dah bertukar jadi Darwisya yang baru.Dan aku tak boleh sedih pasal perkahwinan nie sebab aku yakin satu hari aku akan bebas.Aiseyman dahla kena tidur atas sofa taula tu katil kau kalau aku tau bukan setakat barang kesayangan aku yang aku bawa sekali semua perabot kat dalam bilik aku,aku bawak.Isyh geram betul la dengan mamat nieTak kira jangan harapla aku nak mengalah aku akan tidur jugak kat dalam katil nie.'

Sebaik saja membaca kontrak tersebut Darwisya terus menjerit nama Adam yang sedang mandi dalam bilik air.Dah tak kisah dah suara dia didengari oleh keluarga Adam asalkan perjanjian mengarut tidak dilaksanakan.

4 ulasan:

  1. bodoh betul la Adam ni. xkan la xkenal kekasih ms kecik dl. kata cinta tp nama penuh aweks sndiri xsiasat. lps tu bila aweks tu nk gtau trs tengking xsabar2x nk dgr. la dah kahwin sj cari pasal. nnti nyesal xsudah br tau. huh...

    BalasPadam
  2. sporting gila nenek Adam....Best..best sambung la lagi

    BalasPadam