''Assalammualaikum adik,abang nak cakap sikit lusa abang tak boleh ambik adik kat KLIA.Nanti abang suruh orang hantar kereta adik dekat sana tau.Kunci kereta BMW tu adik pegang kan yang spare punya.''Soal Rayyan
''Ada.takpela.Asal abang suruh orang hantar kereta kat Mayesa pun dah okey tapikan sebagai denda abang kena belanja Mayesa makan aiskrim Robbin faham?''
''La kopakla duit abang kalau nak belanja adik makan aiskrim''.
''Amboi,kopak duit abang???Gaji sebulan pun lebih dari RM50000 nak kata kopak kalau belanja orang.Tak pe la adik tak kisah ingat orang tak de duit ker?Tapi nanti jangan salahkan adik bila kena marah dengan papa sebab tak ambik adik dekat KLIA. Ingatkan nak cakap lama-lama dengan abang tapi disebabkan abang yang buat panggilan dari Malaysia ke London takut pulak kopak duit abang sebab kena bayar bil kan?Okeyla,adik letak telefon dulu.''
''Adik,adik tunggu jangap tutup.Okey,okey abang belanja apa yang adik nak tapi jangan bagitau papa okey?''
pujuk Rayyan.
''Anything that I want?Kalau macamtu abang kena belanja adik makan aiskrim selama 2 bulan berturut-turut tak kira malam atau siang.Lepastu adik nak abang belanja kek secret recipe 10 kali dalam 2 bulan tapi harga kek mestila atas daripada RM100.Lepas 2 bulan adik balik Malaysia adik nak abang bawa adik pergi bercuti dekat Pulau Langkawi.Lagi,adik nak abang belikan adik kereta Lamborghini warna hitam tukar dengan kereta Nissan Fairlady yang kat rumah okey?''
''Banyak cantik muka adik nak suruh beli kereta Lamborghini dah ada kereta Fairlady tu cukupla.Abang pun takde kereta Lamborghini tu lagi nak suruh beli kat adik.Kalau permintaan suruh bercuti dekat Pulau Langkawi dengan belanja makan aiskrim dengan kek selama 2 bulan yang akan menggemukkan berat badan adik sedia gemuk abang tak kisah kalau yang pasal kereta tu jangan harapla abang beli.''
''Betul tak nak beli?'' soal Mayesa sambil menjongketkan keningnya.Hek eleh Mayesa nie macamla Rayyan nampak dia tengah jongketkan kening ala-ala ziana zain.Tapi kalau dia nampak pun dia akan buat-buat tak nampak bila tengok kening Mayesa.
''Tak nak,ingat abang kisah ker?Pergi jalanla.Uwekk.''
''Papa,mama abang kata dia tak nak jemput Mayesa masa Mayesa…….belum sempat Mayesa habis bercakap Rayyan dah menyampuk sebaik sahaja dengar suara mama dan papa dia dari telefon.''Okey,okey abang beli.Puas hati?'' .Hai kopakla duit aku yang kat dalam bank tu.
''Terima kasih Muhammad Rayyan Izumi kerana sudi membelikan saya kereta LAMBORGHINI dari saya Cahaya Aleeya Darwisya Mayesa your very cutest sisiter.Sekejap ye adik nak cakap dengan papa, mama''.Sebaik saja habis Mayesa bercakap dengan Rayyan dia telah bercakap semula dengan orang tuanya.''Mayesa,tadi mama rasa mama dengar yang kamu cakap yang Rayyan tak nak jemput kamu?'' soal Puan Raihana yang berada di sebelah suaminya.
''Tak,macam nie esok ada staf abang yang nak kawin adik cakap kat abang suruh staf abang tu jemput adik juga tapi adik lupa yang adik balik lusa jadi tak dapat pergila.Bukan pasal abang tak dapat jemput adik lusa''.bohong Mayesa terhadap ibu bapanya.
''Sini handphone tu bagi papa cakap dengan Abang kamu tu''.Lantas dengan itu,Mayesa pun menyerahkan handphone ke papanya.''Assalammualaikum,Rayyan papa nak pesan jaga adik kamu tu elok elok tau.''
.
Fuh papa nie buat orang terkejut je ingatkan nak cakap apa rupa-rupanya tu je benda yang tak berapa penting nak suruh dijaga.'Macamlah dia tu penting sangat nak mengata orang je lebih' hati Rayyan menyampuk
''Helo abang masih dalam talian ker ?Kalau ada dengan tak de adik nak letak telefon dulu''.tanya Mayesa
''Ada lagila,pandai betul adik menipu.Dahla abang ada kerja nie lusa telefon abang bila sampai.Assalammualaikum''.Terus Rayyan meletakkan telefon.
…………………………………………………………………………………………
BUM,BUM.Kedengaran bunyi kilat yang kuat ketika Mayesa memandu kereta untuk pulang ke rumah.Oleh disebabkan Mayesa mengalami trauma dengan kilat dia telah berhentikan keretanya di tengah-tengah jalan.Kemudian hujan pun turun dan muncul sebuah kereta……….
'''Isyh,nie kereta sape yang duk tengah parking tengah jalan nie tak ada otak ke ape geram betul la aku''.marah Adam Darwisy lalu keluar dari kereta setelah mengunci keretanya kemudian dia mengetuk cermin tingkap kereta Mayesa.Apabila cubaanya gagal untuk menyuruh pemandu kereta itu menggerakkan kereta dia cuba membuka pintu kereta dan….
''Aik tak kunci ker pintu kereta,sah-sahla pemandu nie takde otak kereta mahal tak pergi kunci buatnya orang masuk tapi bukan aku ker yang masuk tapi takpe aku kan baik.Aik ni macam muka Darwisya je.Eh memang diala,dia ker pemandu yang aku cakap tak de otak tu''.Terus Adam Darwisy menggoyangkan sedikit badan Mayesa tetapi dia terkejut apabila melihat Mayesa pengsan.
'''La patutla letak kereta kat tengah jalan pengsan rupanya.Nak hantar ke hospital sekarang nie hujan pun tengah lebat karang hospital ke mana kitorang ke mana.Mengantukla nak tidur.Adam Darwisy pun tidur di sisi Mayesa dan terjaga dari tidur apabila terdengar ketukan dari tingkap dan dia dapati hujan telah berhenti lalu dia membuka tingkap dan dia melihat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali berpakaian jubah sedang meninjau dalam kereta.
………………………………………………………………………………………….............
Seusai solat subuh Rayyan bergegas berjumpa dengan Mak Kiah dan bertanyakan bahawa Mayesa sudah balik atau belum tetapi hampa apabila dia dapati bahawa Mayesa belum balik kemudian dia menelefon Mayesa.Selepas beberapa kali dia menelefon tetapi tidak diangkat kemudian dia menelefon papanya pula.Dan amat mengejutkan Rayyan apabila papanya memberitahu apa yang berlaku kemudian dia mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali.
whoaaaa,bestt2..nak diorg kawen..
BalasPadam