Selasa, 10 Mei 2011

Cinta Takkan Pernah Berubah7


 BAB 7
Bengang sungguh Rayyan dengan leleki tua tak sedar diri yang berada di depannya itu.Nasib baik iman dia kuat kalau tak dah lama Tan Sri nie duduk dekat dalam tanah merah  yang ada dua batu nisan tu.Sesedap perisa tul la nak kaitkan orang tua dia dalam kes nie.Nie kalau Ariel dapat tahu yang pak cik tua nie mengutuk parents kitorang dah lama dia inject orang tua nie dengan ubat cepat mati.Tapi ada ke ubat cepat mati tu,tak pernah dengar pun.Biarlah asalkan last-last orang tua nie masuk tempat yang aku citer tadi.Jahatnya aku.Gumam Rayyan  sambil mengutuk Tan Sri Hisyam.

'Nie apehal muka macam kerang busuk nie tadi masa sampai muka dahla macam hantu sekarang nie tersengeh-sengeh sebijik macam muka mak kiah.Jahatkan kitorang adik beradik nie asal buat muka masam ke apa ker mesti kaitkan Mak Kiah alamatnya orang tua tu asyik tersedak je kerja.Nie tak lain mesti dok tengah kutuk orang nie'. Lantas dengan itu,Mayesa mencubit tangan abangnya itu.

''Auchh,sakitla nie apa nie cubit abang?''jerit Rayyan.
'Yang adik aku nie apehal tetibe je nak cubit orang nie habis tangan aku yang putih berseri-seri ni jadi merah.Ala-ala bucuk-bucuk sakit ye kena cubit dengan mak ketam.Takpe-takpe nanti kita balas balik.'Bisik hati Rayyan.

Tadi duk tersengih-sengih sekarang nie duk angguk-angguk kepala sah otak  abang aku nie tak betul. ''Abang nie datang nak belek tangan ker nak backing adik.Kalau nak tengok tangan yang besar lagi tak lawa tu baik tak yah datang''. bisik Wisya ke Rayyan.

Hancus punya adik tangan yang putih gebu nie kau kata tak cantik.Buta ke ape.''Err cikgu saya nak tanya sikit adik saya dia buat apa sampai saya dipanggil nie?''
Seusai Rayyan menggelar wisya ni adik dia terdengar lafaz lega dari Redwan dan Ashraff. 'La bakal abang ipar aku rupanya ingatkan sape la tadi'. gumam mereka dalam hati masing-masing.

''Sebenarnya macam nie Encik …err....''  kata cikgu Kahar.

''Panggil Rayyan je kan lebih mesra''. kata Rayyan sambil mengeyitkan mata kearah cikgu Kahar.Terus wisya memijakkan kaki Rayyan.
'Hai abang aku nie tak cukup dengan perempuan nak takle kaum sejenis ker. Macam manala orang boleh kata lelaki ni ada 1 nafsu 9 akal rasa cam tak caya.Rasanya abang aku nie laki tapi  macam ada 9.9 nafsu 0.1 akal je.Nie kalau mama dengan papa dapat tau ….fuh isu hangat beb….hehehe.'gumam wisya dalam hati.

''Asyik pukul je kerja adik nie.Tak tau la nanti laki adik camne.Mesti lebam-lebam satu badan''. Sesudah Rayyan bersuara terus Redwan dengan Ashraff tersengih-sengih masing-masing dalam hati berkata 'Takpela nanti masa kawin tau la nak handle camne.' Gatal betul la diorang nie dahla tak cukup umur dah pikir pasal kawin

''Sebenarnya macam nie Encik Rayyan adik anda telah melakukan 3 kesalahan di sekolah.Yang pertama ialah memancitkan tayar kereta saya,ke2 membuat vandalisma dan ke 3 yang baru saya  mendapat aduan dari pelajar yang dia telah mencuri….belum sempat cikgu Kahar habis cakap terus Rayyan bersuara kearah Wisya .''Fuyoo adik,bila belajar jadi terlebih 'baik' nie tak ajak abang pun,abang pun nak join.Kalau nak pancit tayar cikgu pun janganla pancit takat 4 tayar nie berpadala sikit kalau ye pun pancitla sampai semua tayar kereta cikgu yang ada kat sekolah nie baru la adil nie takkan satu kereta je tak adil dan saksama betulla. Adik nie kalau nak conteng dinding pun panggil la abang bolehla abang tunjukkan hasil karya seni milik Muhammad Rayyan Izumi dekat tandas.Itu pun nak orang ajar ker.Ha adik,adik curi apa jangan cakap yang adik kena tuduh sebab curi coklat.Adik,adik kalau nak coklat tu cakapla kat abang nie tidak sampai nak curi,isyh teruk tul la budak kecik yang tak cukup umur nie.''bebel Rayyan.Ingatkan nak tegur adik,nie tidak ajak dia join sekali.Hancus punya abang betul la.

''Abang nie agak-agakla muka adik nie nampak macam muka pencuri gula-gula ke?Kalau nak tuduh adik curi pun tuduhla benda lain ni tidak coklat je.Dahtu memang adik nie tak cukup umur sebab tu la adik kecik takkan besar pula.Abang nie cakap pun berlapikla sikit taula adik pernah pancit kete abang dengan conteng bilik abang nak perli lak tu.''balas Wisya.

'Gila hensem siot muka abang wisya nie.Kalau tak dapat Darwisy abang dia pun jadila.' 
Ayuna sudah tersengih-sengih cam kerang busuk.''Err maaf kalau saya kurang sopan tapi adik awak nie dah curi jam saya satu-satunya jam peninggalan arwah mummy dekat saya.Erm tapi kalau adik awak nie minta maaf dekat saya,saya akan maafkan kesalahan dia''Lembut sungguh suara Ayuna.Kalau tak disebabkan Rayyan terpandangkan muka dia macam hantu mesti tergoda dengan kelembutan suara Ayuna. Fasya,Tasya dan seisi kelas melopongkan mulut bagai tidak percaya dengan  kesopanan yang baru ditunjukkan oleh Ayuna sebentar tadi..     

''Mana boleh Yuna dia dah curi jam kamu takkan kamu nak lepaskan dia macam tu lak'' .kata Tan Sri Hasyim kepada anaknya.

''Pa,setiap manusia banyak lakukan kesalahan kita pun tak lekang lakukan kesalahan.Saya maafkan kamu ye Wisya''.kata Ayuna yang cuba berlagak baik ikutkan dalam hati  di sumpah seranah si wisya nie nasib kau ada abang yang hensem,wisya.

'Nie apehal lak minah badut nie jadi baik macam ustazah nie mesti tak makan ubat,isyh tu la masa doctor bagi penerangan bila nak makan ubat buat bodoh je, nie sampai tak tahu bila nak waktu nak makan ubat.Kesian tol la'. ''Ayuna awak tak makan ubat lagi ke?''tanya wisya.

''Isyh adik nie cuba tengok muka dia tu macam muka hantu kak limah balik rumah je sah-sahla tak makan ubat itu pun nak tanya lagi ke.''

''Mulut tu jaga sikit ek.Jangan nak kutuk muka anak saya''. .kata Tan Sri Hisyam tegas.

''Amboi,Tan Sri tadi sebelum dapat tender dari company saya punyala baik je sifat Tan Sri layan saya nie lepas dapat terus keluar sifat hantu tu ek.Siap suruh saya jaga mulut saya lak tu.Tapi kan Tan Sri mulut nie dah tak yah nak jagala sebab tempat dia memang kat situ mana leh ubah dah.Saya tak main la pakai pembedahan plastic letak mulut dekat mata.Masyaallah ,berdosa tu.''Habis saja Rayyan cakap terus bergema seisi kelas  dengan gelak tawa pelajar perempuan yang gedik santai tu.Entah apa yang lawak tetibe je gelak.Nie mesti kes terlebih hormon gelak dalam badan.KESIANN.

Tan Sri Hisyam cuba mengingati raut wajah Rayyan.''Ya Allah dia nie kan pemegang saham terbesar dekat Emris mega coperation.Mati la aku'' .Terus Tan Sri Hisyam senyap dan menundukkan kepalanya.

''Ehem,dah habis bersembang ker?Kalau dah saya nak cakap yang adik awak akan digantung sekolah……….belum sempat  Cikgu Kahar habis bercakap Wisya menyampuk.Memang keturunan suka menyampuk betulla Wisya nie.''Opps cikgu nie nape nak gantung saya dari sekolah.Belum tentu lagi saya yang buat benda tu.Lagipun saya ada alasan  yang boleh membuktikan saya nie tak bersalah.Pertama saya baru je masuk sekolah nie semalam .Lagipun semalam cikgu kan cuti manala saya kenal cikgu punya kereta kalau kereta cikgu Aisyah tu takpela jugak.Kedua dari pagi tadi saya mana pergi bersukan,penolong hem tu ajak saya dating round satu sekolah bila masa lak saya nak curi jam Ayuna dengan conteng tandas.Ikutkan hati bukan setakat benda tu je saya tulis tapi perkataan yang lebih 'baik' Baru gempak,tapi bukan saya ek yang tulis''.kata Wisya bagaikan peguam bela cewah ayat sebenarnya Wisya nie terpengaruh dengan rancangan kat tv.

Cikgu Aisyah yang asyik leka memandang Rayyan terus melatah bila wisya kata nak pancitkan tayar dia.'Kacau line tul la wisya nie habis 'ke-ayu-an' aku sebagai gadis melayu sejati nie hilang sebab melatah.gumam cikgu Aisyah.Tak padan dengan tunang orang ada hati nak menggatal.

''Okey,Wisya memandangkan alasan yang kamu  kemukan tu ada logiknya saya akan lepaskan kamu dan saya akan cari siapa yang buat kerja nie.''kata Cikgu Kahar dengan tegas.

Muka Ayuna dengan Tasya sudah bertukar jadi pucat apabila wisya didapati tak bersalah dan apabila cikgu Kahar ingin mencari siapa yang menimbulkan masalah.

Selepas itu,Wisya dengan sifat yang terlebih 'sopannya' terus menghalau abangnya keluar dari kelasnya. dengan cara menolak abangnya. Terus Rayyan menjerit bila Wisya menolaknya dengan cara yang sangat-sangat 'sopan'. ''Nie apa nie tolak orang.Abang tak de buat salah pun''. Rayyan sudah membuat muka comelnya menyebabkan semua pelajar perempuan menjerit termasuk cikgu Aisyah kerana tak tahan dengan kecomelan Rayyan.Tapi bagi Wisya muka Rayyan tu tak ubah macam muka Mak Kiah bila senyum.Lagi-lagi Mak Kiah.Tak de orang lain ke.

''Dah tu tak reti nak blah ke ni tidak duk tercegat ke abang nak apply jadi pak guard kat sekolah adik nie.Fuh 'sopan' betul ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Wisya

''Adik,adikku sayang beraninya halau abang ek.Ni kalau abang bagi tau kat Ariel yang adik kena tuduh buat benda jahat mesti nanti dia angkut adik balik kat bawah ketiak dia semula kan.Kalau adik tak nak abang cakap  pasal benda nie kat Ariel baik adik ikut cakap bang ekk.Nak tak?bisik Rayyan kepada Wisya.

'Tak guna punya abang tak reti nak simpan rahsia ke nie kalau abang Ariel dapat tahu sah-sah aku kena duduk kat tempat berbau tu lagi'. Terus wisya mengangukkan kepala.Dalam fikiran Rayyan sudah mempunyai perkara yang sangat 'baik' untuk membalas segala 'kebaikkan' yang telah adiknya lakukan untuk dia. 'Bagus adikku yang tersayang malam nie kau akan dapat habuannya,hehehe.Hati jahatnya sudah berbisik. Lalu Rayyan pun keluar diikuti dengan Tan Sri Hisyam.

Tanpa Darwisya sedari Darwisy telah memerhatikannya sejak dari tadi.Kenapa perangai,rupa dia hampir sama dengan Wisya.Tak dia bukan wisya bukan wisya walaupun nama dia,perangai dia sama dengan wisya dia bukan wisya.

P/S:Sorry kalau korang rasa cite kali nak agak merapu.Tak ada ideala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan