BAB11
''Sayang ..nak pergi mana tu sinila duduk sebelah abang.Sayang kan tahu sejak kita nikah malam semalam mana pernah abang tak berkepit dengan sayang.Sampai ker bilik mandi pun abang bawak''.
Nak muntah bila Darwisya dengar Adam panggil dia sayang.'Kalau nak berlakon tu janganla over sangat.Menyampah betulla'kata Darwisya dalam hati.
''Amboi,along melebihla tu sampai ke bilik mandi pun nak dibawaknya Kak Wisya.Ehem along,semalam kan adik dengar bunyi bising dekat bilik along,along buat apa dekat kakWisya?''.Merah muka Darwisya apabila adik iparnya berkata sebegitu.
''Sibuk jela .Kalau nak tau pergi la kawin,nanti adik akan tahu apa yang dilalui oleh kakWisya''.Lantas dengan itu,terus Adam mencium pipi Darwisya di hadapan semua ahli kerabatnya.
''Hai,along takkanla dekat sini pun nak bermesra-mesraan.Semalam tak cukup ker?''.Adam hanya tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu manakala muka Darwisya sudah berubah semakin merah.
''Jealous la tu.''kata Adam dengan selamba tanpa menghiraukan Darwisya
Darwisya sudah tidak mahu ambil tahu tentang percakapan adik ipar dan suaminya itu,terus dia pergi ke laman rumah Adam dan duduk di buaian yang terdapat di situ.
''Sayang???Wek nak muntah aku dengar''.Lalu Darwisya mengesat pipinya yang telah dicium oleh Adam.''Eww najis.Ambik kesempatan betul la mamat nie.Macamla aku tak tak tau yang dia peluk aku masa tidur''.Kemudian Darwisya pun mengingati peristiwa semalam..
…………………………………………………………………………………………..
''Wei,kau nie kenapa?Gila ker?Sekarang ni dah tengah malam yang nak jerit macam tarzan tu kenapa?Yang kau tiba-tiba diam tu kenapa?Asal mata kau tenung aku macam nak keluar bijik mata.Kau pandang apa sampai ternganga mulut ?'' Bertubi-tubi soalan yang dia tanya kepada Darwisya lalu dia pun terus memandang ke arah dirinya apabila Darwisya masih menganga melihat keadaan dia.''Alamak…terus Adam masuk semula ke dalam bilik mandi.Selepas 5 minit dia pun keluar dari bilik mandi.
''La kenapa nak lari bukannya dosa pun kalau aku tengok.Macamla sexy sangat. Setakat tengok awak pakai boxer sendat tu takkan tergugat punyala iman saya nie.Saya tak setuju dengan semua syarat nie.''kata Darwisya dengan selamba.
''Ada aku kisah kau setuju ke tak ?Okey apa syarat tu.Fair and square.''
Bulat bijik mata saat Adam kata syarat tu fair and square.''Fair and square awak kata cuba dengar syarat yang awak kata fair and squre nie.Pen nie akan saya gunakan untuk penambahan dan penolakan syarat dalam kontrak ini.
''Syarat yang pertama.Darwisya dan Tengku Muhammad Adam Darwisy harusla berlakon seperti sepasang suami isteri yang bahagia di depan keluarga belakang diorang tak payah nak bermesra-mesra dengan aku.Jijik tahu.Yang nie aku setuju.Eleh macamla aku nak sangat bermesra-mesra dengan kau.Dahla bulu kaki lebat.''
''Syarat yang kedua.lepas seminggu perkahwinan kita,aku nak kita pindah duduk kat rumah aku.Lepas pindah tu bilik asing-asing.Kerja rumah semua kau kena buat sebab tu kira kau bayar sewa duduk kat rumah aku.Nie antara syarat yang merapu diantara 5 syarat dalam kontrak nie.Baik aku tinggal kat rumah aku dari kena duduk satu rumah dengan awak.Banyak songeh muka kau semua kerja rumah aku nak kena buat.''
''Cakap je la yang kau nie tak pandai nak buat kerja rumah.Okey syarat yang kedua pasal kerja rumah tu hari isnin sampai rabu aku yang buat khamis sampai ahad kau buat.Dah,dah baca syarat yang ketiga.Balas Adam
''Syarat yang ketiga.Jangan menyibuk urusan orang lain.Darwisya tidak dibenarkan menyibuk urusan Tengku Muhammad Adam Darwisy.Amboi kalau awak menyibuk pasal urusan kita boleh pulak.Banyak songeh.Tak kira nak tulis jugak yang Tengku Muhammad Adam Darwisy pun tak boleh menyibuk pasal saya''.
''Jangan nak menggedik tulis pasal aku tak leh masuk campur urusan kau.Aku suami kena tahula apa yang kau buat.Ingat jangan sesekali panggil aku Adam.''
''Whatever.Habis tu saya nie isteri awak saya pun ada hak untuk tahu pasal awak''.Balas Darwisya
''Okey,fine tulis''.Geram betulla budak nie.Tak padan dengan badan kecik ada hati nak ugut aku.Takpe siap kau.
''Okey,syarat yang keempat ialah sekiranya Darwisya hendak keluar dia tidak perlu meminta izin dari Tengku Muhammad Adam Darwisy.Syarat nie aku setuju tapi asal semua syarat nie nama awak je yang penuh nama saya kat sini Darwisya je takde Cahaya takde Aleeya takde Mayesa.Mana aci,nak bubuhla.''
Terus Adam menggelengkan kepala melihat telatah Darwisy.'Comelnya macam..isyh apa aku cakap nie …jangan nak merapu boleh tak wahai hati?'
''Syarat yang terakhir iaitu syarat yang yang kelima ialah tidak boleh membawa balik lelaki atau perempuan bukan mahram bagi maruah si isteri atau si suami.Okeyla ni pun saya setuju.So kiranya disebabkan ada penambahan dan penolakan syarat saya Cahaya Aleeya Darwisya Mayesa dengan ini akan menandatangani kontrak ini''.
Selepas habis Darwisya tandatangan terus dia merebahkan dirinya di atas katil.
''Woi,sape suruh kau duduk kat situ.Kan aku cakap tempat tidur kau tu dekat sofa.''
''Ada saya kisah.Tak ada pun dalam kontrak yang saya tak boleh tidur atas katil nie.SELESANYA.kata Darwisya
Terus Adam melompat ke arah katil dan menolak Darwisya.
''Sakitla''.kata Darwisya sambil menunjukkan muka tak puas hati
''Padan muka.Dah aku bagi duduk kat sofa tu kira untungla dari aku suru kau tidur kat dalam bilik mandi.''
''Padan muka ye.Betul tak nak bagi saya tidur atas katil?''soal Darwisya
''Tak nak''.
''Tak pela kalau macam tu saya nak tidur dengan nenek awak.Nenek awak kan sporting.Tak macam awak.''
Sebaik sahaja Darwisya ingin memulas tombol pintu terus Adam menarik tangan Darwisya dan kala itulah mata mereka bertentangan dan jantung mereka telah berdetak laju.''Ehem, dahla saya nak tidur selamat malam''.Akhirnya Darwisya bersuara setelah hampir 3 minit mereka berpandangan.
''Selesanya dapat tidur atas katil.La awak buat apa lagi kat situ tak nak tidur atas katil ker kalau tak nak tidur atas katil lagi saya suka.Selamat malam .''
''Jangan harap aku nak bagi kau kuasai katil aku nie sorang-sorang.Dah tidur dah minah ni buat penat je aku membebel''.Selepas beberapa minit berlalu Adam pun tidur dengan nyenyaknya tanpa dia sedari dia sudah memeluk Darwisya.
……………………………………………………………………………………………
''Ehem,boleh saya duduk.Seronok nampak ingatkan saya ker?''soal seorang lelaki kepada Darwisya
''Dudukla.Ni bukan buaian saya pun.Eh awak ni sapa ek?''soal Darwisya
''Sampai hati awak lupakan saya.Nampak sangat saya sorang je ingatkan awak.''balas pemuda tersebut
''Tak maksud saya,saya cuma tak ingat nama awak bukannya tak ingat awak.Awak nie saudara Darwisy kan.''
''Awak sorang je panggil Adam tu Darwisy.Peliknya.Anyway,I mTengku Aril Zafreil.Jangan lupa lagi tau nama saya.''
''Sayang,sayang pergi mana tadi penat abang cari sayang.Nak lari ek''.Terus Adam melabuhkan punggungnya di sebelah Adam dan memeluk pinggang Darwisya dengan erat.Sekali lagi Darwisya rasa nak muntah dengan kelakuan Adam.
''Eh,Zaf bila masa lak kau ada kat sini''soal Darwisy.Padahal dia dah nampak Zafreil nie bersembang dengan Darwisya.Saje je nak menanya..
''Yela orang baru kawin mana lah nampak orang kat sekeliling kan.Cuma nampak isteri dia sorang je.Tambah tambah lagi isteri kau tu comel dengan cantik kan.Bertuah kau,Adam sebab dapat dia kan''.
Zafreil mengenyitkan matanya ke Darwisya apabila Darwisya memandangnya.
''Tula nikmat orang yang dah kawin.Yang kau tu bila pulak nak kawin bukan awek-awek kau tu banyak yang cantik ker.Pilih je la salah satu''.Semakin erat pelukan di pinggang Darwisya apabila dia melihat Zafreil mengenyitkan mata ke arah isterinya.
''Adam,Adam aku kalau boleh aku nak kawin dengan isteri kau.Bukan dengan diorang semua tu.Diorang tu Cuma kawan aku jela.Lagipun kau ingat nenek kasi ker kalau aku kawin dengan perempuan macam diorang tu.Dahla pakai baju macam orang berkemban.Lainla macam Darwisya nie dahla cantik tutup aurat pulak tu.''kata Zafreil dengan selamba.
''Zaf,aku rasa ayat kau tu macam tak kenala nak kawin dengan isteri aku?Jom sayang, nenek panggil suruh sarapan sama-sama.''Terus Adam menarik lengan Darwisya
''Memang maksud aku,aku nak kawin dengan isteri kau.Itu pun kalau kau sanggup bagi''.Zafreil bersuara perlahan apabila kelibat Adam dan Darwisya hilang dari pandangannya.Kemudian dia pun pergi ke dapur untuk sarapan.
''Kenapa Along lambat''?soal Tengku Maya Halena kepada Tengku Aril Zafreil.
''Sayang,tukar tempat dengan abang''.Adam bersuara sebaik sahaja melihat Zafreil duduk di sebelah isterinya.Darwisya hanya menginkuti arahan Adam walaupun dia sendiri pelik dengan kelakuan Adam.
''Darwisya,kamu dulu masa dekat universiti ambil bidang apa?''soal Tengku Nerissa
''Wisya ambik bidang perniagaan dengan dengan perubatan.''jawab Darwisya
''Dah habis belajar ke belum?Tahap?''soal Tengku Nerissa lagi
''Baru je habis..First class honour''jawab Darwisya
''Kalau macam tu lepas habis honeymoon kamu akan kerja dekat syarikat nenek dan nenek nak kamu bekerja sebagai penolong pengurus kewangan dan kamu akan bekerja di bawah Tengku Zafriel.''kataTengku Nerissa
Adam dan Darwisya sama-sama tersedak.Manakala Zafreil pula sudah tersenyum sumbing.''Honeymoon kitorang kena pergi honeymoon ker?''soal Darwisya
''Nenek kenapa pulak Darwisya tu kena kerja bawah Zafriel,dia kan isteri saya kerja bawah sayala''.bentak Adam
''Nenek takut nanti kalau Darwisya kerja bawah kamu kamu tak buat kerja sebab sibuk bermadu asmara.Yela darah muda kan tambah lagi tu syarikat nenek kamu lagila boleh kamu buat sesuka hatikan.Nenek dah tetapkan kamu berdua akan berbulan madu ke Paris selama seminggu.''
'Nenek Adam ni pandai buat kelakarla.Adam dengan aku nak bermadu asmara.Kalau berperang tu takpela jugak'.bisik hati kecil Darwisya
''Wisya memang nak pergi tapi kalau tak bawak Adam boleh tak?'' Terus paha Darwisya dicubit oleh Adam.''Lain kali tu kalau nak tanya soalan tu biarla logik sikit ni tidak.Kalau pergi sorang-sorang tu mana ada istilah honeymoon''. bisik Adam.
''Kenapa kak Wisya?''soal Tengku Marianna
''Tak de pape.''
''Maaf,non telefon bimbitnya dari tadi berbunji jadi saya langsung bawak ke non,takut ada apa-apa''.kata suriati lalu menyerahkan telefon bimbitnya ke Darwisya.
''Assalammualaikum''.Terus berubah muka Darwisya apabila mendengar suara pemanggil tersebut.Lalu Darwisya pun pergi ke bilik untuk bercakap dengan pemanggil tersebut.Tindakan Darwisya membuatkan semua ahli keluarga Adam dan Adam tertanya-tanya siapa yang menelefon Darwisya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan