Selasa, 10 Mei 2011

Cinta Takkan Pernah Berubah8


BAB 8

''YAHOO,BEBAS,BEBAS.Selamat tinggal sekolah tercintaku akan ku lupuskan memori tentang sekolah….LAMA nie hahaha.Diz,Wisya aku tak sangka yang aku nie dah jadi bekas pelajar sekolah nie tapi kan kenapa  aku rasa macam budak umur 17 tahun ek?Mungkin aku nie awt muda kot.Wisha,Diz  korang tadi camne paper bio okey tak.Nak tau tak aku cuma periksa kertas bio tu 2 kali sebab takut jadi biol tapi boleh tahanla soalan dia.Wei…


''Kau nie Sara diam boleh tak memekak je kerja dari tadi dahtu dari tadi asyik merapu je kerja baru 15 minit kita keluar dari kawasan sekolah,kau kata dah lama.Tak cukup dengan tu kau merapu pasal umur kau  baru 17 tahun,helo kawan nak tanya sikit umur kau tu berapa 53 tahun ke 17 ayat tak boleh pakai langsung.Kalau kau lulus Bahasa Melayu memang sah paper kau tu ada ubat guna-guna.Sara kau tu kan dah biol kau baru tau ker?Wei Sara aku nak tanya sikit sejak bila kau jadi macam beruk betina kat dalam zoo nie aku taula esok kita nak pergi lawatan kat zoo tapi sebelum dah pergi pun perangai kau dah macam beruk.Darwisya,awak kena balik London ker esok?Ala tak bestla kalau kau tak de mesti Ashraf dengan Redwan jadi orang gila bayang hehehe.''


''Wei Diz sejak bila mulutkau nie dah jadi macam nenek kebayan ha?Bising je lebih.Diz, wisya tu ada masalah ker monyok je muka aku tengok?
Dipendekkan citer minah-minah nie dah jadi macam nie sejak Darwisya masuk .

''Wisya apesal kitorang tengok muka kau macam lemon kecut je ada masalah ker?'' tanya Sara manakala Dizyan pula dok anggukan kepala dia macam burung belatuk.
Darwisya hanya menggelengkan kepala dan membuatkan Sara dan Dizyan hampa.''Tak pe la Wisya kalau kau tak nak bagitau kitorang masalah kau tapi kau kena ingat yang kitorang sentiasa ada bila kau susah okey.Kitorang balik dulu tau.''



………………………………………………………………………………………….





Darwisya merenung syiling di biliknya.Dia mengingati kisah 4 bulan yang lalu sewaktu hari kantin di sekolah.''Eh tu bukan Tengku Marissa,mama Adam ker?Darwisy kenapa pula salam mama Adam jangan-jangan Darwisy tu Adam kot.Jap-jap nama Darwisy tu Tengku Muhammad Adam Darwisy.Adam?Ya Allah,Adam rindunya wisya kat Adam.Terima kasih Ya Allah kerana kabulkan doa hamba untuk berjumpa semula dengan sahabat hamba Ya Allah.''


Lantas dengan itu,Darwisya pergi ke arah Adam.''Assalamualaikum''.Serentak Adam dengan Marianna memandang kearah Darwisya manakala Tengku Marissa hanya tersenyum memandang Darwisya sambil menjawab salam.''Fuyoo,cutenya nie awek abang  Adam ker ?Sampai hati tak bagitau  kat  adik yang abang ada pengganti kak Wisya.''


Muka Adam ketika itu sudah merah mungkin menahan malu diusik adiknya atau marah manakala Darwisya hanya tersenyum.''Adik jangan nak samakan kak wisya dengan dia.'' Marianna tergamam apabila abangnya sendiri menjerkah dia begitu juga Darwisya.


''Adam nie kenapa rianna cuma usik je yang Adam nak jerkah dia tu kenapa?'' .marah Tengku Marissa.''Err,Adam..sebenarnya Wisya nak cakap sikit dengan Adam,wisya err…

''Diam boleh tak.Jangan kau sesekali panggil aku Adam faham tak?'' marah Adam sambil berdengus kuat.

''Abang ni sejak bila jadi panas baran cam nie ha?Dia cuma panggil abang nama abang kan bukannya dia kutuk abang.Abang…

''Shut up Marianna.Dengar sini Darwisya kau tu tak layak panggil aku Adam dan aku tak nak dengar kau panggil aku Adam faham tak?'' .Lantas Adam meninggalkan keluarganya dan Darwisya yang sedang terkejut akibat perbuatannya.

''Wei,Ayuna kau nampak tak apa yang aku nampak?soal Tasha

''Nampakla kau ingat aku nie buta ker?Wei ruginya aku tak sempat rakam aksi tu kalau tak mesti boleh letak kat facebook.Padan muka dia kena tengking dengan Darwisy.''

Lalu Ayuna,Fasha dan Tasha pergi ke arah Darwisya yang masih terkejut itu.''Wow,wow you guys tengokla Wisya nie kena marah dengan hubby I.Tu la lain kali jangan nak menggedik dengan hubby I dia tu Cuma pandang I je lainla perempuan macam you tu.I rasakan orang gila pun tak minat dengan muka macam you tu kan guys''. kata Ayuna sambil ketawa mengilai-ngilai mengalahkan pontianak harum sundal malam.Sebaik saja habis Ayuna bersuara terus Wisya beredar dari situ dengan hati yang sedih dan malu.

Terus Darwisya membuang peristiwa itu apabila pintu biliknya diketuk.''Assalammualaikum,adik dah siap kemas barang ker ?Esok masa sampai London call abang tau lepastu kirim salam kat mama,papa dengan angah tau.''
''Dekat Kak Diana tak nak ker?tanya Darwisya sambil tersenyum sumbing. 

Rayyan cuma tersenyum  memandang adiknya yang sudah berubah perangainya yang kuat bising ke pendiam.Sikit jela diam takdela banyak sangat okey.Dia perasan perubahan adiknya itu sejak 4 bulan yang lalu.Takkan sebab pasal aku suruh dia buat kerja rumah selama seminggu dia jadi cam tu.

''Amboi,adik abang nie pandai menyakat betul.Dah tidur.Selamat malam''. Terus suis lampu bilik Darwisya dimatikan.

P/S:Sorry,kalau korang rasa entry kali nie tak best

1 ulasan: